Peminjaman & Pemulangan

GAPURA ILMU DATO’ ONN

 

Pinjaman Buku Rak Terbuka 

  • Pastikan nombor ahli  yang tertera di slip tarikh pulang buku  perpustakaan yang digunakan adalah kepunyaan si peminjam.
  • Pastikan peminjam berkenaan tidak berhutang apa-apa dengan perpustakaan

 Contoh :- Buku-buku yang dipinjam telah dipulangkan dan denda telah dibayar (jika ada). Peminjam yang masih berhutang tidak boleh meminjam apa-apa dari perpustakaan sehingga beliau menjelaskan hutangnya. 

  • Semua pelajar meminjam buku dengan menggunakan kad pinjaman ( kod bar ) menggunakan sistem automasi perpustakaan.
  • Cop tarikh pemulangan buku pada helaian kertas ‘Tarikh Pulang’ (dibelakang buku).
  • Serahkan buku kepada si peminjam dan kad matrik
  • Pastikan semua data pinjaman buku dibuat menggunakan sistem automasi perpustakaan. 

PERINGATAN. 

  • Tempoh pinjaman sebuah buku ialah 3 hari bagi buku rujukan dan 7 hari  buku pinjaman.
  • Seorang pelajar dibenarkan meminjam  2 buah buku sahaja pada satu-satu masa (kecuali Pengawas Pusat Sumber)
  • Pinjaman buku rak terbuka boleh dilakukan pada waktu rehat dan juga selepas waktu sekolah. (Dalam kes-kes tertentu, pelajar boleh meminjam di luar waktu pinjaman melalui guru atau pengawas PSS yang dibenarkan )
  • Seorang guru hanya dibenarkan dibenarkan meminjam maksimum 3 buah buku pada satu-satu masa dalam jangka masa 2 minggu. Bagi peminjaman seterusnya, beliau mestilah memulangkan buku-buku yang dipinjam sebelumnya.
  • Pengawas PSS yang bertugas di kaunter mesti menjalankan tugas dengan tenang dan senyap
  • Pelajar mestilah beratur dengan senyap dihadapan kaunter peminjaman. Pelajar yang ingkar tidak akan dilayan

 

Pemulangan Buku Rak Terbuka 

  1. Pastikan tarikh buku dipulangkan tidak lewat daripada ‘Tarikh Pulang’ yang sepatutnya
  2. Jika buku lewat dipulangkan, peminjam akan didenda Jika peminjam berkenaan tidak dapat membayar dendanya pada waktu itu, beliau boleh membayar pada lain hari
  3. Setiap kutipan denda hendaklah dicatat dalam ;Buku Denda’ dan wang diserahkan kepada Bendahari pada hari yang sama
  4. Jika buku yang dipinjam hilang, peminjam diminta membayar harga asal buku dan kos memprosesnya buku berkenaan  .
  5. Lewat sehari para pelajar akan dikenakan denda sebanyak 10 sen. Denda akan dikenakan mengikut bilangan hari lewat bagi setiap buku .
  6. Sekiranya pelajar tidak mampu membayar denda kerana kecuaian sendiri maka mereka tidak akan dibenarkan meminjam buku sehingga denda dilangsaikan .
Advertisements