Perpustakaan

Peraturan Gapura Ilmu Dato’ Onn @ Perpustakaan  

  1. Untuk menjaga ketenteraman dan melicinkan pentadbirannya pengguna diminta memberi perhatian kepada peraturan perpustakaan.
  2. Guru atau pengawas yang bertugas mempunyai hak  untuk meminta pengguna yang melanggar peraturan perpustakaan keluar daripada perpustakaan.
  3. Semua tindakan tatatertib dirujuk kepada Jawatankuasa Perpustakaan SMK Kota Masai.
  4. Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan, barang-barang persendirian,  yang ditinggalkan di luar atau di dalam perpustakaan.

 

Keahlian 

Terbuka kepada semua murid, guru,  kakitangan dan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai.

 

 Pinjaman Bahan Perpustakaan 

  1. Setiap  murid layak meminjam dua   buah buku pada satu-satu masa.
  2. Pengguna mesti menggunakan nombor ahli sendiri.
  3. Semua pinjaman dan pemulangan buku hendaklah dilakukan sendiri oleh peminjam  buku .
  4. Semua bahan yang dipinjam mesti dipulangkan atau diperbaharui pada tarikh akhir tempoh pinjaman.
  5. Pengguna handaklah bertanggungjawab   ke atas bahan yang dipinjam. Pengguna    hendaklah    melaporkan  kerosakan   atau    kehilangan bahan    dengan segera kepada guru perpustakaan.
  6. Jika berlaku kerosakan atau  kehilangan bahan yang dipinjam ,    pihak perpustakaan berhak menuntut gantirugi dengan bahan yang baru atau harga bahan itu dan kos memprosesnya.

 

 Disiplin

  1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.
  2. Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
  3. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan.
  4. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
  5. Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
  6. Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
  7. Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
  8. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
  9. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.

 

 Bahan-bahan Perpustakaan

  1. Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
  2. Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan
  3. Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.

 

 Pakaian

  1. Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan.
  2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah dan pakaian sukan adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke perpustakaan.

 

Peringatan: Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan Gapura Ilmu Dato’ Onn.

Advertisements