Bilik Tayang

 

Disiplin

  1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki bilik audio visual.
  2. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam bilik audio visual.
  3. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis televisyen, video, radio atau peralatan lain serta mengubah kedudukan peralatan ini tanpa kebenaran. 
  4. Pelajar dikehendaki menyusun semula kerusi meja sebelum meninggalkan bilik ini. 
  5. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik audio visual semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru. 
  6. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar bilik audio visual di tempat yang disediakan.

  

Bahan-bahan bilik audio visual

  1. Sebarang perisian seperti cakera padat, kaset, pita video dan lain-lain tidak dibenarkan ditayang tanpa kebenaran Guru Perpustakaan dan Media.
  2. Segala perisian di dalam bilik audio-visual tidak boleh dikeluarkan dari bilik ini tanpa pengetahuan Guru Perpustakaan dan Media
  3. Sila padamkan suiz alatan dan lampu serta kipas sebelum keluar dari bilik auditorium.

 

 Pakaian

  1. Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam bilik audio visual.
  2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke bilik audio visual.

 Peringatan:

Sila catatkan rekod penggunaan setiap kali bilik dan alatan digunakan. Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan bilik audio visual.

Advertisements