Kenali PSS SKOMAS

Sejarah Pusat Sumber Sekolah

 Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai (SMKKM) telah mula beroperasi semenjak 1 Ogos 2003. Walau bagaimana pun pada awal penubuhannya, kerja-kerja penyelenggaraan dan pengurusan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna lantaran beberapa masalah teknikal yang dihadapi.

 Sepanjang Ogos hingga November 2003, pihak AJK Kerja Pusat Sumber yang ketika itu diterajui oleh Pn Jumeyah Roowi telah berhasil memperoleh sejumlah dana untuk kegunaan pusat sumber melalui kempen derma yang digerakkan. Selain bantuan kewangan, pihak pusat sumber turut menjalankan kempen derma buku dari warga sekolah. Ini memandangkan pihak sekolah tidak dapat memperuntukkan dana yang secukupnya bagi membeli buku-buku pusat sumber. Lantaran kekangan masa dan dan kewangan yang terhad tersebut, pihak pengurusan masih belum dapat membuka pusat sumber untuk kegunaan guru dan pelajar.

 Sebaik tirai 2004 dibuka, gerak kerja pengurusan pusat sumber diperkemas. Teraju jawatankuasa beralih kepada penyelaras yang baru iaitu Cik Rumaizah Abdullah dan dibantu oleh beberapa orang guru perpustakaan yang dilantik iaitu Cik Marina Jaafar dan Pn Saharani Abdullah. Perkara pertama yang dijalankan pada awal tahun 2004 ini adalah melantik pengawas pusat sumber. Ia dianggap agenda terpenting kerana mereka inilah yang akan menjalankan segala keputusan dan program yang diputuskan oleh narisan pentadbir. Jumlah pelajar yang dating ketika proses temuduga mencecah ratusan orang, namun hanya 40 orang yang benar-benar berkelayakan dipilih bagi menganggotai Badan Pengawas Pusat Sumber.

 Dengan terbentuknya organisasi AJK Kerja Pusat Sumber dalam kalangan guru dan pelajar, maka bermulalah proses mengurus, memantap, menceria serta menyediakan pusat sumber agar dapat dibuka seawalnya kepada seluruh warga sekolah. Tarikh 9 Februari 2004 dipilih sebagai hari perasmian pusat sumer dan tepat jam 8.00 pagi pada tanggal tersebut, sempurnalah sudah Majlis Perasmian Pusat Sumber oleh Tuan Pengetua SMK Kota Masai, Tuan Haji Jamaludin bin Arbain.

 Dari awal sehingga kini, Pusat Sumber SMKKM telah berkembang menjadi pusat informasi dan rujukan untuk merealisasikan misi sekolah dalam memberi pendidikan berkualiti melalui kurikulum dan ko-kurikulum. Bagi mendukung cita-cita sekolah dalam memberikan pendidikan berkualiti, Pusat Sumber Sekolah menyediakan perkhidmatan perpustakaan, alat pandang dengar dan bahan bantu mengajar melalui bilik-bilik berikut:

  • Gapura Ilmu Dato’ Onn (Perpustakaan)
  • Bilik Media
  • Bilik Tayang
  • Makmal Komputer
  • Makmal Bahasa
  • Galeri Sejarah
  • Bilik Geografi
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s